Kisah 11 Bintang, Matahari dan Bulan Sujud Kepada Nabi Yusuf
INGATLAH ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku, sesungguhnya aku bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan. Aku melihat semua mereka tunduk memberi hormat kepadaku. (Yusuf: 4)
Nabi Yusuf merupakan putera kepada Nabi Yaakub dan merupakan anak yang paling disayangi oleh ayahnya. Pada suatu malam, Yusuf bermimpi melihat kemunculan 11 bintang, matahari dan bulan yang sedang sujud kepadanya. Apabila bangkit daripada tidurnya, baginda menceritakan mimpi tersebut kepada ayahnya, Nabi Yaakub.
“Wahai ayahku, semalam aku telah bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sedang sujud kepadaku. Apakah maksudnya mimpi itu?” soal baginda.Nabi Yaakub hanya tersenyum gembira apabila mendengar cerita daripada anaknya itu. Nabi Yaakub tahu bahawa itu merupakan satu berita gembira buat dirinya dan juga Nabi Yusuf.
Sambil membelai-belai rambut anaknya dengan penuh kasih sayang, Nabi Yaakub pun berkata: “Wahai anakku Yusuf, ini adalah satu berita yang sangat gembira.“Ketahuilah olehmu anakku, berita itu adalah khabar daripada Allah. Allah menyatakan bahawa dirimu adalah insan terpilih. Sebelas bintang itu membawa maksud 11 saudaramu, matahari adalah bapamu dan bulan adalah ibumu. Allah mengurniakanmu keistimewaan sebagaimana datuk-datukmu Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak.”
Nabi Yaakub seterusnya berkata: “Jangan kamu ceritakan perkara ini kepada saudara-saudaramu yang lain kerana mereka ini berniat tidak baik kepadamu, melainkan Bunyamin seorang. “Apabila mereka mengetahui bahawa kamu telah dipilih oleh Allah, maka mereka akan mencuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamu. Kamu hanya boleh bercerita kepada Bunyamin.”
Nabi Yaakub mempunyai 12 anak lelaki. Melalui Laiya iaitu kakak kepada Rahil, baginda mendapat enam anak. Daripada Rahil pula, Nabi Yaakub mendapat dua orang putera. Melalui perkahwinan dengan pembantu Laiya pula, baginda mendapat dua orang anak lelaki sementara melalui perkahwinan dengan pembantu Rahil, Nabi Yaakub mendapat dua orang putera lagi.
Kedua-dua belas putera Nabi Yaakub itu ialah Rawabil, Syamun, Lawaa, Yahuza, Aisakhor, Zabalun, Yusuf, Bunyamin, Daan, Naratany, Jaad dan Asyir. Menurut para ulama, daripada kedua-dua belas putera Nabi Yaakub itu hanya Nabi Yusuf yang dilantik oleh Allah sebagai rasul-Nya.Bunyamin merupakan adik seibu sebapa dengan Nabi Yusuf.
Ibu mereka iaitu Rahil telah meninggal dunia ketika melahirkan Bunyamin. Sebab itulah Nabi Yaakub sangat menyayangi kedua-dua anaknya itu.Oleh kerana pada waktu itu Yusuf dan Bunyamin masih kecil, mereka banyak menghabiskan masa bersama ayah mereka. Mereka tidak mengikut saudara-saudara yang lain menggembala lembu dan kambing. Adik-beradik Nabi Yusuf yang lain sangat membenci baginda kerana Nabi Yusuf menjadi anak kesayangan kepada ayah mereka.
Thursday, September 11, 2008
Kisah dari Al Quran Siri (5)
Hubungan Sejenis Di Zaman Nabi Luth
MENURUT ahli sejarah, Nabi Luth ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Baginda telah berdakwah bersama-sama dengan Nabi Ibrahim sebelum diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke Sodom.Baginda tinggal bersama-sama dengan kaumnya di Sodom sambil menyeru mereka untuk menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang jahat. Kehidupan penduduk Sodom penuh dengan dosa dan maksiat.
Mereka berlumba-lumba mengerjakan kejahatan seperti merompak, membunuh dan menganiayai orang lain. Salah satu kejahatan mereka yang terkutuk adalah melakukan hubungan sesama jenis. Isteri Nabi Luth sendiri turut menderhaka dan menyokong perbuatan keji kaumnya.
Mereka hidup dalam keadaan begitu hinggalah berpuluh-puluh tahun lamanya. Kejahatan dan kemungkaran mereka bukan berkurangan tetapi semakin menjadi-jadi. Kerosakan yang dibuat oleh kaum Luth sangat hebat.Allah s.w.t. telah memerintahkan Nabi Luth untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah dan beriman kepada-Nya. Dengan segera Nabi Luth pergi menemui kaum baginda untuk mengajak mereka meninggalkan perbuatan yang keji itu.
“Sesungguhnya aku ialah rasul utusan Allah s.w.t.. Hendaklah kamu semua takut dengan kemurkaan Allah. Sesungguhnya kamu semua daripada golongan lelaki yang melepaskan nafsu kamu kepada lelaki lain, bukannya kepada wanita. Sesungguhnya kamu ialah kaum yang melampaui batas,” kata Nabi Luth kepada kaumnya.Akan tetapi kaumnya itu tidak mengendahkan seruan dan peringatan baginda.
Walau bagaimanapun, Nabi Luth tidak berputus asa. Baginda terus-menerus memberikan nasihat dan peringatan kepada kaumnya.Namun, kaumnya itu tidak mengendahkan peringatan dan nasihat baginda malah mereka memarahi dan mengejek segala seruan yang disampaikan oleh Nabi Luth.
Mereka mencari jalan supaya nabi Luth tidak lagi mengulangi seruannya.Mereka juga menentang dakwah dan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Luth. Kaum Nabi Luth benar-benar telah sesat.
“Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu,” seru Nabi Luth kepada kaumnya dengan penuh kesabaran.Mereka sama sekali tidak menghiraukan nasihat yang diberikan oleh Nabi Luth.
Mereka menganggap Nabi Luth dan para pengikutnya sebagai golongan yang berpura-pura untuk menunjukkan kesucian hidup mereka. Mereka berazam untuk menghalau Nabi Luth dan para pengikutnya agar perbuatan keji mereka tidak lagi dibantah atau ditentang.
Nabi Luth meminta kaumnya bertaubat. Baginda menceritakan tentang azab Allah yang bakal ditimpakan kepada mereka yang melanggar perintah Allah serta melakukan perbuatan yang keji. Walau bagaimanapun, peringatan daripada Nabi Luth tetap tidak dipedulikan oleh kaumnya yang telah hilang pedoman. Mereka tergamak mencabar Nabi Luth agar berdoa supaya Allah mendatangkan azab kepada mereka.
“Datangkanlah kepada kami azab daripada orang-orang yang benar,” jawab kaumnya dengan bongkak.Nabi Luth berserah diri kepada Allah s.w.t.. Baginda telah berusaha memimpin kaumnya ke jalan yang benar tetapi tidak berhasil.

Kisah dari Al Quran Siri (4)
Nabi Ismail dan Telaga Zam-Zam
WAHAI Tuhanku! Aku tinggalkan keturunanku di satu lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan di sebelah Rumah-Mu (Kaabah). Jadikanlah mereka orang yang mendirikan solat dan semoga hati manusia cenderung kepada mereka, dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan agar mereka bersyukur. (Ibrahim: 37)
KISAH Nabi Ismail dan Telaga Zam-Zam bermula selepas peristiwa Nabi Ismail dan ibunya, Hajar ditinggalkan oleh ayahnya, Nabi Ibrahim di satu kawasan yang sangat gersang. Sungguhpun Nabi Ibrahim cukup sedih untuk meninggalkan dua beranak itu, namun baginda tetap melaksanakannya.
Hajar pula berasa sangat cemas apabila mengetahui dirinya akan ditinggalkan bersama anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi sepi itu. Dia lalu merintih dan menangis sambil menarik baju Nabi Ibrahim memohon simpatinya.
Akan tetapi Nabi Ibrahim tetap meninggalkan mereka berdua dan menuju ke rumah isterinya yang pertama, Sarah di Palestin.Sebelum meninggalkan mereka, Nabi Ibrahim sempat berdoa sebagaimana yang terkandung dalam surah Ibrahim ayat 37.
Wahai Tuhanku! Aku tinggalkan keturunanku di satu lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan di sebelah Rumah-Mu (Kaabah). Jadikanlah mereka orang yang mendirikan solat dan semoga hati manusia cenderung kepada mereka, dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan agar mereka bersyukur.
Baginda juga sempat berkata kepada Hajar yang sedang menangis kesedihan, “Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya.Percayalah kepada kekuatan dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintahkan aku untuk membawamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sekiranya bukan kerana perintah dan wahyu-Nya, tidak sekali-kali aku tergamak meninggalkan engkau di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. "
“Percayalah wahai Hajar bahawa Allah yang Maha Kuasa tidak akan membiarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya. Insya-Allah.” Mendengarkan kata-kata itu, Hajar segera melepaskan genggamannya dan membiarkan Nabi Ibrahim pergi.
Sepeninggalan Nabi Ibrahim, Hajar menjalankan segala amanat Nabi Ibrahim dengan tabah dan sabar.Namun begitu, bekalan air yang dibawanya semakin berkurangan dan habis sedangkan anaknya menangis kehausan dan kelaparan.
Hajar menjadi cemas dan panik mendengar tangisan Ismail yang menyayat hati. Lalu beliau berlari-lari anak menuju ke Bukit Safa, kalau-kalau terdapat sesuatu yang boleh dimakan atau diminum. Namun usaha itu tidak berhasil.Kemudian dari Bukit Safa, Hajar terlihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwa. Lalu Hajar berlari pula ke tempat itu. Usahanya itu juga tidak berhasil kerana tiada air pun di tempat tersebut.
Hajar kembali ke Bukit Safa kemudian ke Bukit Marwa semula. Beliau berulang alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwa sebanyak tujuh kali kerana tidak tahan melihat anaknya kehausan.
Akhirnya Hajar berdoa kepada Allah agar merahmati anaknya. Doanya dikabulkan oleh Allah. Ketika Ismail menghentak-hentak kakinya ke tanah, tiba-tiba terpancut air dari dalam tanah, tepat di bawah kakinya. Hajar sangat gembira lalu diambil air tersebut dan disuapkan ke mulut Ismail.
Itulah air zam-zam yang dianggap keramat hingga sekarang. Setiap jemaah haji yang berkunjung ke Mekah tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan air suci itu. Air zam-zam itu tidak pernah kering hingga ke hari ini.

Wednesday, September 10, 2008
kisah dari Al Quran Siri (3)
Nabi Musa bertemu jodoh di Kota Madyan
BERKATALAH dia (Syuaib): “Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) daripada kamu, maka aku tidak hendak memberkati kamu.
Dan kamu insya-Allah akan mendapatiku termasuk orang- orang yang baik. (al-Qashash: 27).
PADA suatu hari, apabila tiba di Madyan, Nabi Musa telah menolong dua orang gadis mengambil air untuk kambing-kambing gembalaan mereka. Nabi Musa kasihan melihat gadis itu menunggu giliran untuk mengambil air kerana terlalu ramai lelaki di situ. Lalu, kedua anak perempuan itu pulang dan menceritakan akan hal itu kepada bapa mereka.
Bapa mereka menyuruh salah seorang daripada anaknya menemui Nabi Musa dan menjemputnya ke rumah. Maka, anaknya itu menemui Nabi Musa untuk menjemputnya ke rumah mereka.
Apabila tiba di rumah mereka, Nabi Musa disambut oleh bapa kedua-dua gadis itu. Bapa mereka mahu Nabi Musa menceritakan tentang dirinya. Maka, Nabi Musa menceritakan segala-galanya dan beliau kemudiannya diminta tinggal di rumah itu.
Tinggallah Nabi Musa di situ dan kehidupan beliau di situ sangat tenang dan bahagia. Hubungan Nabi Musa dan mereka juga semakin rapat.
Salah seorang anak perempuannya mahu Musa bekerja dengan mereka.
“Wahai ayah, elok sungguh sekiranya kita mengambil lelaki itu bekerja dengan kita. Dia banyak membantu kita dan juga seorang yang sangat kuat,” kata anak perempuannya.
“Baiklah anakku,” jawab ayahnya acuh tidak acuh.
Bapanya faham sangat akan perasaan anaknya itu.
Pada suatu pagi, bapa mereka telah memanggil Nabi Musa. Dia mahu bertanya akan hajatnya kepada Musa.
“Wahai Musa, aku mempunyai cita-cita untuk mengahwinkan engkau dengan salah seorang daripada anakku.
Aku harap kamu dapat menemaninya dan menolongku. Bekerjalah kamu di sini menggembalakan kambing selama lapan tahun lamanya, sebagai mas kahwin untuk anakku. Sekiranya kamu suka, tambahlah dua tahun lagi. Itu bergantung kepada kesanggupanmu,” kata bapa gadis tersebut.
“Saya terima apa yang dihajati. Saya berjanji akan turut mana-mana keinginanmu sama ada lapan atau 10 tahun lamanya. Allah akan menjadi saksi atas perjanjian kita ini,” kata Musa.
Dengan perkahwinan itu, Nabi Musa hidup bahagia kerana mendapat isteri yang cantik dan mentua yang baik.
Nabi Musa bekerja keras bagi memenuhi janji yang telah ditetapkan.
Walaupun beliau bahagia dengan kehidupannya tetapi telah tiba masanya untuk pulang ke Mesir. Setelah perjanjian bersama dengan mentuanya tamat. Nabi Musa bersama isterinya berangkat pulang ke Mesir.
Nabi Musa meninggalkan mentuanya yang sudah tua. Baginda berdoa semoga selamat sampai ke destinasi. Baginda turut berdoa semoga Allah memelihara keluarga isterinya itu.
PENGAJARAN
* Apabila kita berjanji, hendaklah kita menunaikannya.
* Hendaklah kita menolong orang yang berada di dalam kesusahan.
PERBENDAHARAAN KATA
* hajat: keinginan
* menggembalakan: menjagakan
* destinasi: tempat yang dituju.
INFORMASI
* Madyan merupakan negeri di bahagian Selatan Palestin.
Perjalanan Nabi Musa dari Mesir ke Madyan mengambil masa selama lapan hari lapan malam.
Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd.

Kisah dari Al- Quran siri (2)
Pujukan kafir hentikan dakwah
ORANG kafir Quraisy sangat kecewa apabila tentangan secara keras ke atas Nabi Muhammad S.A.W. gagal melumpuhkan kegiatan dakwah baginda. Malah, makin ramai pula yang menganut agama Islam. Ini disebabkan oleh kekaguman mereka kepada sifat sabar Rasulullah.
Pada suatu hari, pemimpin Mekah pun mengadakan pertemuan sesama sendiri di Nadwah. Mereka mencari jalan untuk menentang kebangkitan Rasulullah. Kali ini mereka mahu cara yang betul-betul berkesan diambil ke atas Rasulullah dan pengikut-pengikut baginda.
Seorang pemimpin Mekah mencadangkan agar mereka menggunakan cara diplomasi. Jika kekerasan tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah, pasti cara lembut ini akan berjaya. Setelah berbincang dengan panjang lebar, mereka pun memutuskan untuk menemui Abu Talib, bapa saudara Rasulullah. Abu Talib diminta menyampaikan tawaran yang diberikan.
Seorang pemimpin Mekah menawarkan anak gadisnya yang paling cantik kepada Rasulullah. Mereka akan dikahwinkan secara besar-besaran. Tentang hal mas kahwin, pemimpin itu akan menyelesaikannya.
Rasulullah tidak perlu bimbang. Mereka juga menawarkan seluruh kekayaan mereka kepada Rasulullah.
Baginda akan dilantik menjadi ketua. Semua orang akan patuh kepada baginda. Namun, baginda mestilah menghentikan dakwah. Baginda dan para pengikut mesti kembali pada agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala.
Apabila tawaran itu disampaikan kepada Rasulullah, baginda pun berkata kepada bapa saudara itu: “Wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka sanggup meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, untuk aku meninggalkan dakwahku ini sehinggalah Allah menzahirkannya atau aku musnah kerananya.”
Orang Quraisy bertambah kecewa apabila Rasulullah dengan tegas menolak tawaran tersebut secara mentah- mentah. Jika ada tawaran yang lebih besar lagi pun, baginda tetap menolak.
Sekalipun baginda ditawarkan bulan di tangan kiri dan matahari di tangan kanan, baginda tetap enggan untuk berhenti berdakwah. Rasulullah akan meneruskan perjuangan baginda sama ada baginda berjaya atau syahid kerananya.
Keengganan Rasulullah menerima tawaran menyebabkan kemarahan pemimpin Mekah makin memuncak. Mereka kembali mengadakan mesyuarat di Nadwah.
Masing-masing memberi cadangan agar kegiatan dakwah Rasulullah dapat disekat dan diberhentikan. Kali ini mereka bercadang untuk bertindak secara keras dan tegas.
- Petikan daripada buku, Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Kisah dari Al Quran Siri (1)
Kaum Tsamud yang ingkar
MEREKA kemudian menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: “Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan.” (Hud: 65)
KAUM Tsamud pernah meminta Nabi Saleh membuktikan kenabiannya. Nabi Saleh disuruh mengeluarkan seekor unta betina dari sebuah batu besar. Setelah baginda bersolat dan berdoa, Allah telah mengkabulkan doanya lalu keluarlah seekor unta betina dari dalam batu tersebut.
Akan tetapi kaum Tsamud tidak menyedari bahawa kewujudan unta itu adalah sebagai satu ujian kepada mereka. Allah ingin menguji tahap keimanan mereka. Mereka telah diberi amaran oleh Nabi Saleh supaya tidak mengganggu unta tersebut.
Jika mereka mengingkarinya, maka azab Allah akan menimpa mereka. Allah telah berfirman dalam surah al-Qamar ayat 27 mengenai unta yang dihantar sebagai ujian itu.
Sesungguhnya, Kami menghantarkan unta begini (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan rasul kami): Tunggulah (apakah tindakan yang akan dilakukan mereka) serta bersabarlah (akan tentangan mereka).
Setelah kaum Tsamud melihat sendiri mukjizat itu, sesetengah daripada mereka mematuhi arahan tersebut. Walau bagaimanapun, ada juga yang enggan mematuhinya. Mereka tidak suka ternakan mereka bergilir-gilir minum air dengan unta Nabi Saleh. Mereka tidak ikhlas untuk berkongsi sumber minuman tersebut. Setiap hari pasti ada aduan yang dibuat terhadap unta Nabi Saleh. Mereka sentiasa berusaha mencari jalan supaya unta itu dapat diusir dari kawasan mereka.
Pada suatu hari para pemimpin kaum Tsamud telah bermesyuarat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah sepakat untuk membunuh unta Nabi Saleh. Mereka menanggap amaran itu sebagai satu ugutan semata-mata.
Berita tentang rancangan untuk membunuh unta Nabi Saleh telah disambut baik oleh kebanyakan kaum Tsamud. Bukan itu sahaja, mereka juga merancang untuk membunuh Nabi Saleh.
Terdapat sembilan orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan unta Nabi Saleh itu. Dua orang daripada mereka bernama Qadar bin Salaf dan Mushra bin Muhraj. Kesemua sembilan lelaki itu diceritakan dalam al-Quran sebagai orang yang suka melakukan kerosakan di muka bumi.
Kemudian mereka beramai-ramai pergi mencari unta itu. Setelah ditemui, Mushra telah melontar lembing dan terkena kaki unta itu lalu ia rebah. Qadar pula menyembelih unta itu menggunakan pedangnya. Mereka langsung tidak takut akan azab Allah. Bahkan mereka mencabar Nabi Saleh agar Allah menurunkan azab seperti yang dijanjikan.
“Wahai Saleh! Datangkanlah azab yang telah kamu janjikan kepada kami sekiranya kamu benar-benar utusan Allah.”
Begitulah sombongnya kaum Tsamud. Mereka bersuka-ria kerana berjaya membunuh unta Nabi Saleh.
Sedangkan Nabi Saleh amat berdukacita mengenangkan bala yang bakal menimpa kaumnya. Nabi Saleh berkata kepada mereka:
“Bersuka-rialah kamu sekalian selama tiga hari sebelum bala menimpa kamu.”
Sebelum sempat mereka melaksanakan rancangan untuk membunuh Nabi Saleh, Allah telah menghantar batu-batu yang menghujani mereka. Wajah mereka mula berubah menjadi kekuningan. Peristiwa tersebut berlaku pada hari Khamis.
Pada waktu itu pengikut-pengikut Nabi Saleh yang telah beriman naik ke atas gunung untuk mengelak daripada ditimpa bencana. Apabila semua pengikutnya berada di puncak gunung, tiba-tiba gunung tersebut menjadi tinggi hingga mencecah awan. Tidak seekor burung pun dapat terbang ke puncaknya.
Masuk hari kedua iaitu hari Jumaat, wajah kaum Tsamud yang tidak mahu mengikut Nabi Saleh berubah menjadi merah. Hari pertama dan kedua itu dianggap hari kematian bagi mereka. Manakala pada hari ketiga iaitu hari Sabtu pula merupakan hari untuk bersuka-ria kerana hari kematian mereka telah berlalu. Akan tetapi pada hari tersebut, wajah mereka telah menjadi hitam.
Pada hari tersebut, kaum Tsamud masih menunggu bala yang dijanjikan. Tiba-tiba terdengar satu dentuman yang menakutkan dari langit, disertai dengan gempa bumi yang cukup kuat. Dalam sekelip mata mereka menjadi mayat. Tiada seorang pun yang terselamat daripada azab Allah itu kecuali mereka yang beriman kepada-Nya.
Begitulah Allah menimpakan bala ke atas kaum Tsamud yang angkuh dan sombong. Sesungguhnya Allah tidak pernah mendustai apa yang telah dijanjikan.
- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd
Pengajaran
* Umat yang ingkar kepada Allah s.w.t. akan mendapat balasan atas segala perbuatannya.
* Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita hendaklah menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)